Popular posts from this blog
Kejohanan Hoki MSSD Kuala Lipis
Pada 3-7 Februari 2020 telah berlangsung Kejohanan Hoki MSSD Lipis yang bertempat di SK Wan Ibrahim. SK Betau (K9) telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan bagi kategori B12 dan B18. SK Betau berjaya mendapat tempat bagi semua kategori dan Pasukan Perempuan B12 berjaya merpertahankan trofi kemenangan tempat pertama sekali lagi. Kesemua pasukan ini dibimbing oleh jurulatih, En Mohd Adele bin Aluwi. Berikut merupakan keputusan Kejohanan Hoki MSSD pada tahun ini: Pasukan Lelaki B18 - Tempat Ketiga Pasukan Perempuan B18 - Tempat Kedua Pasukan Lelaki B12 - Tempat Ketiga Pasukan Perempuan B12 - Tempat Pertama Pasukan B18 Pasukan B12 Di akhir kejohanan, diumumkan seramai 25 orang pemain yang akan menggalas nama Daerah Lipis ke Kejohanan Hoki Peringkat Negeri Pahang. Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga pasukan ini dapat meraih kejayaan di peringkat negeri seterusnya mengharumkan nama SK Betau dan Kuala Lipis dalam kejohanan y
Program jejak kasih dan keciciran pelajar
Lawatan ke kampung-kampung merupakan satu program yang menjadi kemestian bagi pihak sekolah dalam mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat kampung. Program ini telah dijalankan sejak tahun 2000 lagi. Hasil yang diperolehi amat membanggakan kerana bilangan murid yang datang telah bertambah dan minat murid serta kesedaran tentang pentingnya pelajaran dapat disemaikan dalam diri murid dan ibubapa. Sehubungan dengan itu program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pihak sekolah dalam memberi penerangan tentang pentingnya pendidikan yang berterusan dalam kehidupan seseorang. Selain itu ia juga dapat menyelesaikan masalah keciciran pendidikan dikalangan masyarakat Orang Asli. Melalui program ini juga segala masalah berkaitan dengan pendidikan anak-anak Orang Asli dapat ditinjau secara lebih dekat lagi, ia juga memberi peluang kepada pihk sekolah untuk mencari jalan dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan dan membasmi masalah keciciran dikalangan masya
Comments
Post a Comment