Posts

Showing posts from August, 2009

Program jejak kasih dan keciciran pelajar

Lawatan ke kampung-kampung merupakan satu program yang menjadi kemestian bagi pihak sekolah dalam mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat kampung. Program ini telah dijalankan sejak tahun 2000 lagi. Hasil yang diperolehi amat membanggakan kerana bilangan murid yang datang telah bertambah dan minat murid serta kesedaran tentang pentingnya pelajaran dapat disemaikan dalam diri murid dan ibubapa. Sehubungan dengan itu program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pihak sekolah dalam memberi penerangan tentang pentingnya pendidikan yang berterusan dalam kehidupan seseorang. Selain itu ia juga dapat menyelesaikan masalah keciciran pendidikan dikalangan masyarakat Orang Asli.

Melalui program ini juga segala masalah berkaitan dengan pendidikan anak-anak Orang Asli dapat ditinjau secara lebih dekat lagi, ia juga memberi peluang kepada pihk sekolah untuk mencari jalan dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan dan membasmi masalah keciciran dikalangan masyara…

Lagu Sekolah

BERILMU DAN BERJAYA
MENJADI COGAN KATA KAMI
KAMI PENYUMBANG ARAH MATLAMAT
GENERASI CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN BETAU
MENJADI PENTAS YANG GEMILANG
DI DALAM PELBAGAI BIDANG
KAMI MEMBUKTIKANNYA

BERILMU DAN BERJAYA
MENJADI COGAN KATA KAMI
GURU CEMERLANG PELAJAR GEMILANG
WAWASAN DI JULANG

SEKOLAH KEBANGSAAN BETAU
MENJADI PENTAS YANG GEMILANG
DI DALAM PELBAGAI BIDANG
KAMI MEMBUKTIKANNYA (2X)