Tuesday, October 20, 2009

Jamuan Aidil Fitri & Deepavali sk Betau 2009
















TARIKH:19HB oKTOBER 2009
MASA : 10:30 pAGI
TEMPAT:KANTIN SEKOLAH


RIMUP
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

MATLAMAT

MATLAMAT RIMUP ADALAH UNTUK MELAHIRKAN GENERASI MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,MEMILIKI JIWA DAN PERIBADI YANG UNGGUL,BERSEMANGAT MUHIBBAH DAN MAMPU MENGHADAPI CABARAN SECARA KOLEKTIF DAN BERSEPADU SERTA DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

OBJEKTIF

MENINGKATKAN PENGETAHUAN TENTANG BETAPA PENTINGNYA PERPADUAN DAN MUHIBBAH MERAIKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN DEEPAVALI


PERASMIAN OLEH:


YB DATO' HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL; DIMP,SIMP,AMP.


PERSEMBAHAN MENARIK:


PERSEMBAHAN BRASSBAND

SEWANG

PERTUNJUKKAN PAKAIAN TRADISIONAL

NYANYIAN LAGU RAYA

PERTANDINGAN KOLLAM

PENTOMIN PERPADUAN














Wednesday, October 14, 2009

guru sesi 2015


kawasan penempatan murid

KG LIMAU
KG SENTOI
KG KENIP
KG KERAYONG 1
KG KERAYONG 2
KG TUAL
KG KABANG BARU
KG GENING
KG BANDAR
KG RAKOH
KG CHELANG
KG BERTANG
KG TALUK
KG BETAU
KG BELIDA
KG SIMOI
KG KUALA SAT
KG SARANG
KG LANCHANG
KG JELENGOK
KG JERANGKAK
KG SAMUT
KG KABANG
KG METER
KG BERTAM
KG LENJANG
Terletak di kawasan Pengumpulan Semula Betau.
Terdapat 23 buah kampung yang terlibat dengan persekolahan anak-anak di SK Betau. Merupakan salah sebuah daripada enam buah sekolah Orang Asli di daerah Kuala Lipis.
Jalan perbungan darat adalah melalui Felda Sungai Koyan dengan jarak kira-kira 22 Kilometer.
Kawasan ini pada asasnya adalah melalui jalan balak
tetapi kini jalan perhubungannya telah bertukar wajah dengan terbinanya jalan raya baru yang menghubungkan antara
Felda Sungai Koyan ke Cameron Highland yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2006. Masyarakat Orang Asli di sini terdiri daripada suku kaum Semai.

Sunday, October 11, 2009

SEJARAH PENUBUHAN

TAHUN 1955 – 1957
SK Betau bermula dengan sekolah pondok selama 3 Tahun Mengajar banyak menggunakan papan batu
kepada penduduk yang ingin kenal huruf. Di asaskan oleh guru Dayak dari Borneo.
Guru-guru terdiri dari Orang Asli iaitu Menteri Sileh a/l Ganchor. Bah siring, Bah Sep a/l Ganchor
dan Bah Perah (Telanok).
Jalan perhubungannya hanyalah melalui rakit ke Kuala Medang.

TAHUN 1960 – 1969
Pihak JHEOA telah memberi khidmat nasihat dan dengan kerjasama orang asli tempatan telah membina sekolah
dari bahan tempatan secara bergotong royong.
Perhubungan yang digunakan ialah Denai di Felda Sg. Koyan.
Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada pegawai dan pengurus JHEOA seperti
En. Wan Hamid (Guru Besar SK Kuala Medang), En. Wan Muhammad (Telang), En. Yaakop dan En. Muhammad Hashim.

TAHUN 1970 – 1979
Asrama telah dibina dari papan. Perhubungan jalan tanah merah juga telah dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Sekolah ditadbir oleh Bahagian Pelajaran JHEOA dan tenaga pengajar adalah terdiri daripada
Pegawai Pembantu Luar JHEOA.

TAHUN 1980 – 1995
JHEOA menyerahkan pentadbiran kepada Kementerian Pendidikan pada masa itu.
Guru telah dihantar mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
Dari tahun 1995 hingga sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih pentadbiran sepenuhnya.

TAHUN 2001 - 2002
Pembinaan sekolah sekarang bermula pada Tahun 2001
dan
beroperasi sepenuhnya pada Tahun 2002 sehingga ke hari ini di Tahun 2009.