SEJARAH PENUBUHAN

TAHUN 1955 – 1957
SK Betau bermula dengan sekolah pondok selama 3 Tahun Mengajar banyak menggunakan papan batu
kepada penduduk yang ingin kenal huruf. Di asaskan oleh guru Dayak dari Borneo.
Guru-guru terdiri dari Orang Asli iaitu Menteri Sileh a/l Ganchor. Bah siring, Bah Sep a/l Ganchor
dan Bah Perah (Telanok).
Jalan perhubungannya hanyalah melalui rakit ke Kuala Medang.

TAHUN 1960 – 1969
Pihak JHEOA telah memberi khidmat nasihat dan dengan kerjasama orang asli tempatan telah membina sekolah
dari bahan tempatan secara bergotong royong.
Perhubungan yang digunakan ialah Denai di Felda Sg. Koyan.
Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada pegawai dan pengurus JHEOA seperti
En. Wan Hamid (Guru Besar SK Kuala Medang), En. Wan Muhammad (Telang), En. Yaakop dan En. Muhammad Hashim.

TAHUN 1970 – 1979
Asrama telah dibina dari papan. Perhubungan jalan tanah merah juga telah dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Sekolah ditadbir oleh Bahagian Pelajaran JHEOA dan tenaga pengajar adalah terdiri daripada
Pegawai Pembantu Luar JHEOA.

TAHUN 1980 – 1995
JHEOA menyerahkan pentadbiran kepada Kementerian Pendidikan pada masa itu.
Guru telah dihantar mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
Dari tahun 1995 hingga sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih pentadbiran sepenuhnya.

TAHUN 2001 - 2002
Pembinaan sekolah sekarang bermula pada Tahun 2001
dan
beroperasi sepenuhnya pada Tahun 2002 sehingga ke hari ini di Tahun 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Hoki MSSD Kuala Lipis

Program jejak kasih dan keciciran pelajar