Posts

Showing posts from October, 2009

Jamuan Aidil Fitri & Deepavali sk Betau 2009

Image
TARIKH:19HB oKTOBER 2009 MASA : 10:30 pAGI TEMPAT:KANTIN SEKOLAH RIMUP RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN MATLAMAT MATLAMAT RIMUP ADALAH UNTUK MELAHIRKAN GENERASI MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,MEMILIKI JIWA DAN PERIBADI YANG UNGGUL,BERSEMANGAT MUHIBBAH DAN MAMPU MENGHADAPI CABARAN SECARA KOLEKTIF DAN BERSEPADU SERTA DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA OBJEKTIF MENINGKATKAN PENGETAHUAN TENTANG BETAPA PENTINGNYA PERPADUAN DAN MUHIBBAH MERAIKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN DEEPAVALI PERASMIAN OLEH: YB DATO' HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL; DIMP,SIMP,AMP. PERSEMBAHAN MENARIK: PERSEMBAHAN BRASSBAND SEWANG PERTUNJUKKAN PAKAIAN TRADISIONAL NYANYIAN LAGU RAYA PERTANDINGAN KOLLAM PENTOMIN PERPADUAN

guru sesi 2015

Image

kawasan penempatan murid

KG LIMAU KG SENTOI KG KENIP KG KERAYONG 1 KG KERAYONG 2 KG TUAL KG KABANG BARU KG GENING KG BANDAR KG RAKOH KG CHELANG KG BERTANG KG TALUK KG BETAU KG BELIDA KG SIMOI KG KUALA SAT KG SARANG KG LANCHANG KG JELENGOK KG JERANGKAK KG SAMUT KG KABANG KG METER KG BERTAM KG LENJANG Terletak di kawasan Pengumpulan Semula Betau. Terdapat 23 buah kampung yang terlibat dengan persekolahan anak-anak di SK Betau. Merupakan salah sebuah daripada enam buah sekolah Orang Asli di daerah Kuala Lipis. Jalan perbungan darat adalah melalui Felda Sungai Koyan dengan jarak kira-kira 22 Kilometer. Kawasan ini pada asasnya adalah melalui jalan balak tetapi kini jalan perhubungannya telah bertukar wajah dengan terbinanya jalan raya baru yang menghubungkan antara Felda Sungai Koyan ke Cameron Highland yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2006. Masyarakat Orang Asli di sini terdiri daripada suku kaum Semai.

SEJARAH PENUBUHAN

TAHUN 1955 – 1957 SK Betau bermula dengan sekolah pondok selama 3 Tahun Mengajar banyak menggunakan papan batu kepada penduduk yang ingin kenal huruf. Di asaskan oleh guru Dayak dari Borneo. Guru-guru terdiri dari Orang Asli iaitu Menteri Sileh a/l Ganchor. Bah siring, Bah Sep a/l Ganchor dan Bah Perah (Telanok). Jalan perhubungannya hanyalah melalui rakit ke Kuala Medang. TAHUN 1960 – 1969 Pihak JHEOA telah memberi khidmat nasihat dan dengan kerjasama orang asli tempatan telah membina sekolah dari bahan tempatan secara bergotong royong. Perhubungan yang digunakan ialah Denai di Felda Sg. Koyan. Tenaga Pengajar adalah terdiri daripada pegawai dan pengurus JHEOA seperti En. Wan Hamid (Guru Besar SK Kuala Medang), En. Wan Muhammad (Telang), En. Yaakop dan En. Muhammad Hashim. TAHUN 1970 – 1979 Asrama telah dibina dari papan. Perhubungan jalan tanah merah juga telah dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia. Sekolah ditadbir oleh Bahagian Pelajaran JHEOA dan tenaga pengajar adalah terdiri d