Program jejak kasih dan keciciran pelajar
Lawatan ke kampung-kampung merupakan satu program yang menjadi kemestian bagi pihak sekolah dalam mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat kampung. Program ini telah dijalankan sejak tahun 2000 lagi. Hasil yang diperolehi amat membanggakan kerana bilangan murid yang datang telah bertambah dan minat murid serta kesedaran tentang pentingnya pelajaran dapat disemaikan dalam diri murid dan ibubapa. Sehubungan dengan itu program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pihak sekolah dalam memberi penerangan tentang pentingnya pendidikan yang berterusan dalam kehidupan seseorang. Selain itu ia juga dapat menyelesaikan masalah keciciran pendidikan dikalangan masyarakat Orang Asli. Melalui program ini juga segala masalah berkaitan dengan pendidikan anak-anak Orang Asli dapat ditinjau secara lebih dekat lagi, ia juga memberi peluang kepada pihk sekolah untuk mencari jalan dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan dan membasmi masalah keciciran dikalangan masya...